Shuhaily 'Pijak' Anggota Bawahan
Baru-baru ini, seorang bekas anggota polis memohon campur tangan Peguam Negara bagi membuka semula kertas siasatan kes pukul membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada 2015. Bekas anggota itu, Saifuddin Abdul Kader membuat laporan polis terhadap Mohd Shuhaily pada 19 November 2015 ketika Mohd Shuhaily berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak. Namun, tiada tindakan diambil terhadap Mohd Shuhaily selepas laporan itu dibuat. Salinan laporan polis juga telah didedahkan menerusi media sosial pada 2022. Desakan turut dibuat oleh pelbagai pihak untuk membuka semula kertas siasatan kes berkenaan. SUMBER: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/10/1428740/anggota-polis-dakwa-dipukul-shuhaily-sedekad-lalu-mohon-keadilan Menurut laporan polis itu, selepas Saifuddin memberi tabik hormat, Mohd Shuhaily bersama seorang lagi pegawai datang ke pos pengawal d...