Shuhaily 'Pijak' Anggota Bawahan

Baru-baru ini, seorang bekas anggota polis memohon campur tangan Peguam Negara bagi membuka semula kertas siasatan kes pukul membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada 2015.
Bekas anggota itu, Saifuddin Abdul Kader membuat laporan polis terhadap Mohd Shuhaily pada 19 November 2015 ketika Mohd Shuhaily berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.
Namun, tiada tindakan diambil terhadap Mohd Shuhaily selepas laporan itu dibuat.
Salinan laporan polis juga telah didedahkan menerusi media sosial pada 2022.
Desakan turut dibuat oleh pelbagai pihak untuk membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan polis itu, selepas Saifuddin memberi tabik hormat, Mohd Shuhaily bersama seorang lagi pegawai datang ke pos pengawal dan memarahinya.
Mohd Shuhaily bertindak memukul bahagian lengan dan bahu kirinya sekali menggunakan tangan kanan, menyebabkan kesakitan.
Saifuddin turut mendedahkan sebelum kejadian, Mohd Shuhaily pernah mengugut untuk mengatur pertukarannya ke Sabah atau Sarawak.
Selepas kejadian tersebut, Saifuddin bersama seorang pegawai lain pergi bertemu Mohd Shuhaily, namun dia sekali lagi dimarahi dan dimalukan di hadapan beberapa anggota lain.
Bagaimana seorang anggota polis yang hanya menjalankan tugas memberi tabik hormat kepada pegawai atasan menerima layanan sebegitu rupa daripada Mohd Shuhaily?
Dia hanya menjalankan tugas namun maki hamun dan malu yang diterima daripada Mohd Shuhaily.

Ketika dia menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang sekitar 2016-2017, banyak juga kes maki hamun serta pergaduhan dilakukan oleh Mohd Shuhaily.
Mohd Shuhaily pernah bergaduh dan bertepuk meja dengan Timbalan Ketua Cawangan Khas Kontinjen (RO), ACP Shuib Hashim kerana isu bermain golf dan mendakwa siapa bermain golf sebagai golongan yang lemah akal fikirannya.
Dia juga pernah maki hamun Pegawai Turus E1 Pahang, Supritendan Bakri kerana hantar wakil pada perjumpaan E1.
Supritendan Bakri mengambil keputusan bersara awal selepas insiden maki hamun berkenaan.

Mohd Shuhaily juga pernah menghalau dua pegawai polis datang ke biliknya, hanya kerana mereka mahu mengucapkan tahniah kepadanya kerana dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis.
Dia turut pernah maki hamun Ketua Cawangan Khas Daerah Kuantan, Deputi Supritendan Polis (DSP) Saadun Ahmad melalui telefon kerana gagal menjalankan temuduga warga Syria ketika itu.
Mohd Shuhaily terus memaki hamun Saadun dan menjatuhkan air muka pegawai berkenaan dalam perjumpaan khas Ketua Cawangan Khas di hadapan anggota polis lain.
Saadun juga mengambil keputusan untuk bersara awal susulan insiden itu.

Bagaimana kes yang sudah berlarutan lebih sedekad tiada sebarang tindakan diambil?
Pegawai bawahan terpaksa menanggung kesan dari emosi dan mental namun Mohd Shuhaily terus diangkat menjawat jawatan penting.
Hanya kerana memberi tabik hormat, Saifuddin dimaki dan dimalukan di hadapan orang ramai.
Hendak mengajar pekerja bawahan bukan begitu caranya. Banyak lagi cara boleh mengajar pekerja bawahan sekiranya mereka melakukan kesalahan atau kesilapan.
Mohd Shuhaily hanya tahu menggunakan kuasanya untuk memijak anggota bawahannya daripada mengajar mereka.
Comments
Post a Comment